Thursday, May 26, 2011

Bulu Tangkis (Shuttlecock)


Kasut untuk sukan badminton

Memilih kasut untuk sukan badminton ni mungkin tak sesukar memilih raket. Samada kita belasah guna apa saja kasut yang kita ada (kasut futsal, jogging atau kasut sekolah.. Alamak ! Kasut sekolah ?). Tak kisah janji pakai kasut kan ? Betul dan salah.

kasut yang sesuai mengikut jenis sukan amat penting. sebagai contoh kasut badminton direka untuk keselesaan bergerak ketika bergerak di dalam court ketika bermain.

Bagi pemain yang baik, sumbangan 5% datang dari raket, 5% dari tali yang dipilih, 5% dari kasut dan selebih 85% skil perseorangan. Walaupun sumbangan dari kasut hanya 5% nampak kecil, tanpa kasut yang sesuai kita tak dapat bergerak dengan selesa dan kebarangkalian mendapat kecederaan adalah tinggi.

Monday, May 23, 2011

Pakaian Untuk sukan Badminton

Pakaian Untuk sukan Badminton
Pakaian Untuk sukan Badminton
Pakaian Untuk sukan Badminton
Pakaian Untuk sukan Badminton

Sunday, May 22, 2011

Badminton Courts

Pada masa hari ini, untuk mendapatkan court untuk menjalani riadah sukan badminton ini tak susah sangat. Court berkualiti telah banyak berkembang seiring dengan kemeriahan sukan ini di Malaysia.

Lebih lebih lagi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang secara am nya.

Tips Memilih Raket - Raket Masa kini

Alahai, susah betul nak beli raket sekarang ni kan ? Berbagai - bagai jenama sekarang ni kalau kits belek belek Kat Kedai sukan sekarang. Kalau kita ingat-ingat Dulu masa sekolah jenama Yang kita tau tak banyak, selalu nya jenama Yonex atau Carlton tu pun mahal ya amat. Hehehe. Takpe, kita tinggal kan kisah dulu Dulu ye...

Sekarang ni macam-macam jenama dah muncul di pasaran. Selain yonex Dan carlton, kita akan jumpa Li ning, Victor, Prince, Wilson, Fisher, Forza. Model2 raket Jenama2 tersebut adalam paras harga yang mahal/tinggi. Tapi kira berbaloi dengan kualiti buatan mereka.
Kebanyakan dari pemain badminton pro dan ”Recreational player” yg serius akan memilih raket dari model jenama di atas.

Manakala para pemain badminton yang ingin bermula atau pemain yang menitikberatkan budget tak perlu risau. Raket2 dari jenama Apacs, Rsl, Protech, Proace, Fleet masih senang didapati di pasaran Malaysia. Jenama2 berikut datang dalam 2 variasi, normal dan high-end. Tapi jangan salah sangka, model2 normal mereka adalah baik buatannya.

Wednesday, May 18, 2011

Populariti Sukan Badminton



Selamat datang ke blog "Jom Badminton"

Salam semua Dan apa khabar !!

Blog ini di adakan untuk memupuk semangat kesukanan terutama sukan badminton secara keseluruhannya. Berkongsi pendapat, pengetahuan tentang Berita terkini sukan badminton tanahair Dan luar negara.

Bahan bacaan di blog ini sesuai untuk semua pemain badminton "Recreational" (riadah), rata-rata bermain kerana hobi atau sukan untuk mengeluarkan peluh -kurangnya seminggu sekali. Senang cerita bukan "Pro" lahh.

Sebenarnya, walaupun kita Yang bukan "pro" ni jangan rasa tak penting untuk mempelajari teknik-teknik Yang betul ketika bermain badminton. Ini dapat mengurangkan kecederaan pada Dan ketika Bermain. Jangan risau, di sini juga saya akan mengeluarkan artikel-artikel tentang teknik bermain badminton.

Taju-tajuk tentang alatan-alatan sukan badminton seperti Raket badminton, shuttlecock, string, pakaian sukan Dan berbagai-bagai lagi juga boleh anda dapati di blog ini. Disamping itu review-review untuk model-model sebelum, terkini serta terbaru juga akan dibincangkan

Akhir kata, buat lah macam rumah sendiri ye ...

"Enjoy the sport and be sporting"

Kita bersambung di lain topik akan datang.



Smasher