Apacs kini maju setapak lagi dengan kehadiran model dari siri Feather weight. Model tersebut adalah Feather weight 100 (6U) dan feather weight (7U). Apacs Feather Weight series sesuai pada pemain badminton yang memerlukan raket yang ringan (sangat ringan). Pada masa mula2 saya memegang kedua-dua raket ini, saya amat kagum Apacs boleh mengeluarkan raket yang ringan bahkan buatannya dan kemasan akhir juga amat memuaskan. Berat bagi Feather weight 100 adalah 76g +/- 1g, manakala feather weight 200 adalah 69g +/- 1g.
Jadi, pemain jenis apa yang sesuai untuk kedua-dua raket ini ? hahaha. Sudah tentu pada mereka yang gemar bermain corak defensive/pertahanan. Kedua-dua raket ini mampu membantu pemain membuat drive dan drop dengan baik. Setiap pukulan pertahanan mampu dibuat dengan pantas.
Bagi pemain wanita pula sudah tentu inigin memiliki salah satu model dari siri feather weight ini kan ? malah paras harga untuk model siri Feather Weight ini tidak lah terlalu mahal. Ianya hanyalah sekitar Rm220 - Rm250 tertakluk pada pakej semasa pembelian.
Spesifikasi Apacs Feather Weight 100
Frame Meterial: Hi Modulus Graphite + High Speed Frame + CNTap
Shaft Material: Hi Modulus Graphite + CNT
Flex :Medium
Weight: 76 +/- 1g (6U-G2)
Length: 670mm
Max Tension: Vertical 30lbs, Horizontal 33lbs
Balance: 290 +/- 3mm
Specifikasi Apacs feather weight 200
Frame Meterial: Hi Modulus Graphite + High Speed Frame + CNT
Shaft Material: Hi Modulus Graphite + CNT
Flex: Medium
Weight: 69 +/- 1g (7U-G2)
Length: 670mm
Max Tension: 30lbs
Balance: 285 +/- 3mm
No comments:
Post a Comment